Uncategorized

Bersalin di PUSAT BERSALIN BERISIKO RENDAH (PBBR) PUTRAJAYA.

A very longgggg birth story.

First foremost, makanan yang saya ammalkan ketika pregnant ialah raspberry leaf tea
1. Habbatussauda (tak ambil kerap. Ambil masa demam / seminggu sekali)
2. Madu
3. Chia seed, flax seed, saffron, susu kambing, susu lembu.
4. 9 bulan terakhir, air zam zam, kurma, vco, pevoo, sayur hijau everyday.
5. Hb low on week 38. Makan kailan everyday. By week 39, hb up semula 11.3. Seriously, amazing kailan. (Dan sayur hijau lain. Saya beli banyakkkkkkkk makan sayur je penuh sampai najis pun warna hijau)
6. Banyak Mkn homemade food je. Kalau beli pun tengok kedai.

Senaman:
1. Squat 10 times setiap kali selepas solat. Total squat per day, 50times.
2. Perinium massage, guna pevoo, vco.
3. Vocalizations uuuuuuu…ooooooo and training J breathing technique. (During loo)
4. Naik tangga, turun.

KISAH KELAHIRAN SRIKANDI SOLEHAH.

SRIKANDI SOLEHAH BIRTH STORY

Rabu, 21 Januari dah ada keluar darah, mulai Maghrib. Dibiarkan sahaja. Hanz kata, no surge, no baby. Ok, Aina dulu pun, macam tu juga. Hampir seminggu keluar darah, hari ke 8 baru bersalin.

Khamis, 22Januari, ke klinik macam biasa. Rahsiakan dulu darah tu, nurse check heart beat baby, semua ok. So, tak perlulah ceritakan kepada nurse tentang darah ni.

Jumaat, jalani hari seperti biasa. Makan apa nak makan sebab ada pasar malam, kan. Sebab dalam hati dah rasa tak lama lagi kena pantang makan!

Tidur…

Sabtu, 3.30am terjaga daripada tidur. Hendak ke toilet seperti biasa. Selepas buang air kecil, cuba pejamkan mata.

Tiba-tiba terasa ada contraction. Cuba juga pejamkan mata.
Ah, tak boleh! Baru je sekejap tadi sakit. Sekarang contraction dating lagi. Cepatnya!

Install contraction timer dalam telefon. Cuba timer contraction.
Eh, dah 4 minit.

Kadang-kadang, 3 minit.

Bangunlah. Solat sunat. Kalaulah ini Subuh terakhir aku…
Buat kerja sikit. Kemas kain kat bawah.
Buat air.
Minum susu kambing.
Makan VCO
Makan Pevoo
Minum susu lembu
Makan kurma Ajwa sebanyak-banyaknya.
Minum air zam-zam sambal berlari-lari anak dalam rumah.

Ada lagi barang yang belum dikemas. Kemas beg hospital juga.
Sambil naik tangga turun tangga. Sesekali berhenti menarik nafas bila contraction sampai.

Contraction semakin kuat, selang 3-4-5 minit.

Suami Tanya, kalau dah 15minit, kita ke PBBR. Cuba control. Tak apa… Masih boleh bercakap dengan baik.

Salah satu timing nak hampir bersalin, ialah vocal kita. Kalau dah tak mampu nak bercakap tu, ha, segeralah ke hospital.

Sudah hampir masuk waktu Solat Subuh. Suami bersiap. Solat.

Semakin kuat contraction. Hampir tak boleh nak bercakap. Ada rasa nak meneran.

Telefon mak di kampong, minta doa…
Telefon mak mentua, minta mak doakan juga. Dua hamba Allah ini, doanya sangat aku perlukan selain daripada doa suami…

Mandi.

Bersiap nak solat Subuh.
Aduh, terasa macam nak muntah.

Tak sempat pakai telekung, selambak muntah dalam bilik, atas telekung, atas sejadah. Busuk bau susu-susu yang di minum tadi. Mujur kurma tak keluar sekali.

Solat 2 rakaat pun ada terhenti sebab contraction.
Bacaan ambil yang wajib sahaja. Rasanya dah tak lama. Ada rasa nak push!

Homebirth?

Tak.

Kami sempat nak kereta, keluar dari rumah sambal Aina terpisat-pisat kena kejut awal pagi. Kasihan Aina. Pandang wajahnya. Adakah ini Subuh terakhir aku pandang wajah anak? Suami?

Sampai sahaja bulatan Sri Serdang, ALAMAK! Tertinggal kad pengenalan. Aku tak tahu sama ada kad pengenalan diperlukan atau tidak. Tapi kami berpatah balik ke rumah. Dah buang masa sikit kat situ.

Suami memandu dengan lampu kecemasan. GPS menghala ke PBBR kami ikut dengan agak laju. Aku squat di kerusi penumpang hadapan sambal peluk tempat bersandar. Aina tahu aku sakit.

Aku minta suami laju sikit je, sebab memang aku dah ada rasa nak push!

Carbirth?

Tak…

Tepat 7 suku pagi, kami sampai di PBBR.
Aku diminta baring untuk cek VE. Baring sekejap sahaja sebab aku nak berdiri dan berjalan.

“Eh, puan, kepala baby dah kat sini!”

“Masuk LR!” jerit nurse.

“Puan nak kerusi roda?”

“Tak, saya nak berjalan sendiri.”

“Di mana ya, biliknya?”

“Sini, puan. Puan tukar baju cepat, kami nak siapkan barang,”

“Sekejap, saya rasa ada contraction,”

Sambil tukar baju, aku melompat-lompat dengan keyakinan, gravity akan bawa baby turun.

“Baring puan,”

“Sekejap, saya ada contraction. Saya tak mahu baring kalau ada contraction,”

“Beri kerjasama, puan. Kami takut puan bersalin berdiri nanti,”

“Tak apa, Bersalin berdiri pun saya tak kisah,”

“Saya ada rasa nak push!”

Segera aku baring kerana nurse semakin risau dan kelam kabut. Mungkin tak pernah ada orang bersalin squat atau berdiri.

Sebaik-baik sahaja aku baring, aku pegang kaki dan menghembuskan nafas sekuat-kuatnya sambal bertakbir.

727pagi, Sabtu, 24Januari.

Lahirlah insan kecil berbau Syurga dengan ungkapan, Allahuakbar.

“Alhamdulillah, Assalamualaikum baby, “ nurse ucap kepada baby. Rakaman selawat aku dengar di kawasan lobi sebab nurse tak tutup pintu LR. Ha ha. Kelam kabut semua orang, sampai glove pun tak sempat nurse nak pakai.

Semuanya sekelip mata.

“Bagus, puan. Pandai puan push baby,”

“Puan dapat anak apa, puan?”

“Alhamdulillah, anak perempuan,”

Aku ambil baby dan mulakan Skin to skin. Baby pun pandai cari makanan dia. Buang air terus sejurus keluar dari perut.

Kami direhatkan 4 beranak dalam LR selama hampir 2 jam. Suami tahnikkan baby dengan kurma Ajwa yang kami bawa.
Pukul 11pagi baru masuk ke wad.

5 petang, kami dah dibenarkan pulang.

Alhamdulillah.
Allahuakbar.
Allah Maha Mengetahui.

Srikandi ini masih belum bernama.
Hari ini sudah hari ke 6.

Selamat datang wahai srikandiku.
Selamat datang ke dunia nyata.IMG_20151122_185902

 

 

 

Bersalin di PBBR hanya untuk wanita yang sihat sahaja.

 

Sticker putih/hijau

 

Anak pertama dan anak ke6 tak diterima.

 

Sya amat gembira mengesyorkan PBBR under MAIWP. Nurse semua baik.

 

Bilik selesa.

Tenang. 

 

jika ada pertanyaan boleh komen, emel di norazlinkamarudin@yahoo.com

 

Atau boleh hubungi PBBR MAIWP :

Google http://www.hpj.gov

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s