Uncategorized

Sabun yang sesuai untuk Cloth Pad HiJo©

Tips sabun yang manakah yang sesuai untuk cloth pad saya!!! __________________________________________________

Tentunya kalian amat sayangkan sesuatu yang kalin beli untuk kesihatan, harganya mahal dan amat sukar untuk anda dapat, bukan?
Maka sabun yang bagaimanakah yang sesuai untuk cloth pad kesayangan anda?
HiJo© akan senaraikan sabun yang elok dan tidak sesuai untuk cloth pad.

==============================================
SABUN YANG BAGUS UNTUK CLOTH PAD
1. Sabun cap kapak / sabun cap buruh.
Sabun ini sangat terkenal suatu ketika dulu (generasi tahun 80 ke bawah) Sabun ini murah dan mungkin…….agak sukar diperoleh pada ketika ini, (tahun 2015). Anda bolehlah mencuba bertanya mana-mana kedai runcit di kawasan anda.
2. Soapnuts.
Anda boleh dan sangat digallakn guna sabun yang baik, sesuai dan organik. HiJo© memilih soapnuts untuk penggunaan seharian. Soapnuts ialah sabun daripada buah daripada sepohon pokok. Link untuk pembelian Soapnuts : https://www.facebook.com/GreenbabySupplies?fref=ts
3. Cosway
EcomaX Fabric Wash daripada Cosway juga amat sesuai untuk membasuh cloth pad. Sama ada anda ahli Cosway atau tidak, anda boleh membeli barang-barang Cosway ini.
4. Sabun pencuci pinggan GLO
Anda boleh menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk untuk mencuci cloth pad anda. Tetapi, anda harus membilas cloth pad sehingga air bilasan sudah bebas buih. Jangan tinggalkan bau dan kesan sabun pada cloth pad anda kerana jika berlaku detergent build up, cloth pad akan mengalami gangguan serapan. Kemungkinan akan cepat bocor (Kesan jangka panjang)
———————————————————————————-
SABUN YANG TIDAK BAGUS ATAU TIDAK SESUAI
1. Kesemua sabun pencuci kain yang berbau wangi.
Sabun pencuci pakaian yang biasa kita gunakan sehari-hari tidak digalakkan untuk membasuh cloth pad, dikhuatiri pewangi yang ada di dalam sabun tersebut merosakkan dan mengganggu serapan darah pada permukaan cloth pad.
2. Sabun mandi berbuku
Tidak digalakkan untuk memakai sabun mandi buku (LUX dan sebagainya) kerana pewanginya mungkin akan mengganggu jangka hayat fabrik dan permukaan fabrik akan sukar menyerap darah. Fabrik minky juga akan mengalami kekerasan akibat dibasuh dengan sabun mandi berbuku. Walaupun pada hakikatnya kita (wanita suka membasuh kesan kebocoran darah dengan sabun badan berbuku kerana kehandalan sabun itu melenyapkan kesan bocor darah, bukan? tetapi sabun buku itu bukanlah terbaik untuk cloth pad)
3. Tidak digalakkan pengguna cloth pad merendam cloth pad dengan pelembut fabrik.

10999008_10153161814890279_1396519661971532817_n

Soapnuts

sabun cap kapak

GLO

cosway ecomax

Images credit to Google

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s