Uncategorized

Pusat Bersalin Berisiko Rendah

Alhamdulillah. Sudah lebih sebulan menyimpan pengalaman bersalin. Mengimbau kembali hari ketika bersalinkan anak kedua, sangat mengujakan.

 

Alhamdulillah, doa diperkenankan Allah SWT untuk bersalin di Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Putrajaya. Setelah menahan kontraksi sehingga 3 jam, kami bertolak ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah PBBR Putrajaya dan sampai di sana, jam 7.15 pagi.

 

Alhamdulillah, 7.27pagi, lahirlah Serikandi kami yang ditunggu-tunggu.

 

Pusat Bersalin Berisiko Rendah PBBR sangat selesa. Sebaik-baik sahaja kami tiba di PBBR, kami disambut oleh misi-misi yang bertugas pada pagi itu.

Suasana yang nyaman dan selesa di persekitaran PBBR sangat menenangkan biarpun contraction sudah pun sampai ke kemuncaknya.

Kami masuk ke bilik bersalin. Bersih, kemas, selesa walaupun tidak begitu luas. Semuanya teratur dengan baik. Alunan selawat sentiasa berkumandang di bahagian lobi bilik bersalin. Percayalah, anda akan terus tenang di situ. Tidak ada suara orang menjerit, atau kanak-kanak menangis, atau bayi menangis.

PBBR dikendalikan oleh semua misi perempuan. Itulah salah satu sebab kenapa kami berdoa dan terus berdoa supaya dapat ke PBBR.

Semua misi yang kendalikan kelahiran serikandi kami pada pagi itu, semuanya mesra dan baik hati. Tiada yang meninggikan suara, tiada yang menggunakan ayat perli, tengking atau sebagainya yang biasa dialami oleh orang lain, ditempat lain dan planet lain. 😛

Selesai urusan di bilik bersalin, kami dimasukkan ke dalam wad 2, PBBR.

Alhamdulillah, wad yang sangat luas, sunyi dan tenang sangatlah selesa bagi saya dan saya yakin bagi anda juga yang sememangnya mahukan ketenangan dengan bayi yang baru dilahirkan, bukan?

Syukur, Semuanya selesa di sana dan kami keluar wad, jam 4.45petang pada hari yang sama. Seronoknya tak perlu tidur di wad. Rindu anak sulung dan suami.. 🙂

Tentang PBBR, PBBR ditubuhkan dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Jika anda mahu mendapatkan khidmat mereka, bolehlah terus sahaja ke sana atau hubungi talian mereka di pbbr

 

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia MAIWP

  • Inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
  • Objektifnya:
    1. Menyediakan kemudahan kelahiran untuk kes-kes bersalin berisiko rendah sahaja.
    2. Memberikan pengalaman kelahiran dalam suasana selesa dan kondusif yang bersifat kelahiran di rumah.

BERSIFAT KELAHIRAN DI RUMAH.

 

Itu yang buat saya teruja sangat nak bersalin di sana.

 

Alhamdulillah.

 

2a 2b

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s