Uncategorized

Berpantang selepas bersalin. Perlu atau tidak?

Berpantang selepas bersalin. Cara-caranya : 

 

1. Sentiasa memakai stoking, mengelakkan sejuk pada kaki, urat kaki.

2. Sentiasa berpanas, elakkan berkipas atau pendingin hawa.

3. Makan herba, sup ayam atau ikan. Seminggu sekali makan daging untuk tambah darah.

4. Makan sayur hijau, kerap. Untuk elakkan sembelit. Makan buah-buahan juga. 

5. Minum jus, air kosong dalam keadaan suam. Jangan makan atau minum sesuatu yang sejuk. Panaskanlah terlebih dahulu.

6. Pakai bengkung pada badan, untuk mengecutkan badan secepat mungkin. 

7. Berurut jika berasa sakit-sakit atau lenguh pada badan.

8. Duduk rapatkan kaki jika bersalin normal atau pun pembedahan. 

9. Tempoh berpantang trpulang kepada individu. 40, 60, atau 100 hari. 

10. Minum dengan banyak untuk air susu ibu. 

 

10 perkara di atas merupakan cara-cara berpantang yang biasa kita lihat. Seterusnya kita lihat petua berpantang orang tua kita.

 

1. Stoking, berbengkung adalah wajib.

2. Jangan makan bertambah. Makan nasi, jangan berkuah. 

3. Makan makanan panas, minuman panas.

4. Berurut wajib 3-4 hari berturut-turut.Kalau tak berurut, terbeliak mata orang tua.

5. Jangan minum air banyak, nanti buncit.

6. Jangan makan sayur yang bersifat sejuk. Kalau boleh, makan sawi sahaja. 

7. Tidak boleh makan mi, mihun, kewteaw atau sebarang makanan yang dimasak 2x. 

8. Perlu berpanas, bertungku sepanjang berpantang. Bertungku 2x sehari, pagi dan petang.

9. Dilarang keras berkipas atau pendingin hawa. 

10. Jangan tersepak benda. Dikhuatiri bentan.

11. Tidak boleh makan cili. 

12. Makan nasi kosong, ikan bilis goreng, lada hitam, menu wajib.

 

Pantang moden.

1. Makan semua benda selagi badan tahan, tidak demam, tidak sakit perut baby.

2. Minum air banyak, untuk elak sembelit, banyakkan susu badan.

3. Tidak perlu urut perut. Jangan sentuh ovari/rahim dengan tangan urutan yang kuat.

4. Boleh makan semua lauk, kari, cili, goreng dan sebagainya.

5. Tidak perlu stoking, tungku atau tangas. 

6. Senaman adalah wajib.

 

Senarai ini adalah melalui pembacaan saya. Sebarang tokok tambah, penambahbaikan adalah DIBENARKAN.Image

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s