Uncategorized

kebaikan cloth pad /pad kain

Salam sejahtera. 

Terlalu banyak kebaikan jika dibandingkan cloth pad pakai buang. Tetapi, di sini, saya bukanlah mahu membuat senarai keburukan pad pakai buang, sebaliknya saya kongsikan yang baik kesan penggunaan cloth pad. 

 

Saya mula belajar menjahit cloth pad dengan seorang kenalan FB yang juga peminat/pengguna cloth pad. Saya ambil ilmunya lalu saya terapkan semuanya ke dalam kehidupan saya sebagai seorang wanita. 

 

Cloth pad, diperbuat daripada kain tuala, kain flannel, lapisan kalis air tidak 100% velvet, kain minky atau kain fleece. Selesa pada kulit dan tidak akan mendatangkan ruam, merah pada kulit atau kegatalan. Kerana faktor pengudaraan lebih baik berbanding pad di pasaran. 

 

Cloth pad boleh dijahit sendiri. Bagi wanita yang kurang skill jahitan, tidak ada masa atau tidak ada mesin, bolehlah beli terus daripada pembekal cloth pad seluruh Malaysia. Cloth pad sudah dijual secara meluas di Malaysia, made in Malaysia dan handmade by Malaysian juga. 

 

Coraknya yang pelbagai sangat menarik walaupun hanya sebagai pakaian bahagian dalam. 

 

Harganya sedikit mahal, tetapi jangan khuatir, harga yang mahal itu bergantung kepada jenis kain yang digunakan. Sesetengah penjahit cloth pad membeli kain secara borong di luar negara kerana kainnya lebih berkualiti. Penggunaan cloth pad jenis bercorak cantik ini juga sudah lebih dahulu dipelopori oleh wanita negara luar. Wanita di Malaysia juga sudah lama gunakan cloth pad tetapi dalam bentuk lipatan tuala. 

 

Cloth pad juga menyerap sama seperti pad komersial di pasaran. Jadi, jangan gusar tentang kebocoran ketika waktu anda bercuti. 

 

Saya akan sambung penulisan tentang cloth pad pada masa akan datang. Image

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s