Uncategorized

grocers shopping. This is the last. Maybe?

Mungkin, minggu ini adalah minggu terakhir untuk aku menghayati indahnya negara wombat ini. Rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Saling menghormati antara satu sama lain.

Aku kagum, dengan 3tahun lebih aku di sini, aku sudah dapat membezakan yang mana yang baik, yang mana yang buruk. Bukan semua perkara apabila tinggal di luar negara, semuanya baik. Bukan semua yang ada di negara asal kita juga, semuanya baik. Pandai-pandailah kita menilai.

Hakikatnya, terlalu banyak pengalaman yang saya kecapi dalam kehidupan selama 3 tahun lebih di negara orang. Suka duka bercampur dan akhirnya kita nikmati kehidupan itu dengan rasa syukur.

Indahnya tatkala aku disahkan mengandung, indah juga apabila aku dapat melahirkan. Indah juga melihat anak membesar di hadapan aku dan suami.

1001 perkara aku belajar. 1001 rasa aku bersabar. 1001 perkara juga aku diajar. Lumrah hidup berdua dengan suami ditempat orang, mengarahkan kami bersatu, dalam setiap perkara.

Benarlah, Allah menjodohkan dengan bersebab. Saling melengkapi, saling memahami. Aku sudah percaya, mengapa aku dijodohkan dengan sidia, inilah sebabnya. Ketahan diri untuk hidup jauh daripada keluarga.

Tinggal sendiri di sebuah negara belum Islam, kekangan tempat solat dan juga kekurangan makanan halal menjadikan aku isteri serba boleh. Kata saja mahu makan apa, kini, aku sudah boleh berbangga dengan emak, bahawa aku sudah mahir masak campak-campak. Hey, tukang masak profesional tidak main sukatan, ya!!.

Ya Allah, selain kenangan indahnya berada di tanah suci Mekah dan Madinah, aku berterima kasih kepadaMu yan Allah atas rezeki yang Kau kurniakan keoadaku dan suamiku, kehidupan di sebuah negara Inggeris. Sebuah negara terbesar.

Kenangan di sini tidak akan dapat aku lupakan. Kau permudahkan urusan kami, ya Allah. Kurniakan suamiku kemudahan dalam urusan setiap harinya. Lindungilah suamiku daripada sebarang kesulitan.

AMIN. 20130510_162508

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s